Skip to main content

:: Hantaran Kasih Tuhan ::


FLAVOR OF LIFE
Assalamualaikum... Ai all..., ape erk nak cakap mula mula ni.. Aish.., sebelum balik ke main point title tu, aku sebenarnya masih lagi dalam keadaan terkejut , mana taknya, tadi bukak la fesbuk, duk tengok tengok notifi. tu. Then ada la notifi. kat UMRocks! khas tuk dak2 mekatronik first batch UMP. Kitorang d arahkan berpindah ke kampus tetap di Pekan tapi fakulti masih lagi belum siap. Jadi kene tumpang FKM sebabkan fakulti tu bersebelahan dengan kitorg. Aku tak kisah mana sangat nak belajar kat situ, cuma satu benda je yang susah, mula mula masuk UMP , yessss i admit aku suke sangat sebab satu U dengan dia tapi untuk belajar satu bumbung dengan dia buat kali kedua setelah satu Matrik dengan dia,,, wat i can say i cannot... Apa agaknya yang Allah nak tunjuk dan berikan buat aku.. Padahal bila je aku tengok dia, zappppp!!!!! terus je aku jadi gelabah semacam... Ya Allah... Inilah bila berurusan dengan kerajaan hati. Susah beb!!!! Mulut kata tak cinta sudah, padahal hati!!!!!

Ok stop takat situ bab tu.. Bak to d point... 'Hantaran Kasih Tuhan' actually sebuah novel karya Noorfadzillah Omar

Buat yang ada kat luar sana, serius harus miliki novel ni, cerita dia berkisarkan tentang seorang perempuan yang bernama Nur Wardah dan seorang lelaki yang bernama Engku Ashraf. Yang mencari main point sekarang ni, Nur Wardah ni miliki wajah seumpama bidadari sesuai dengan nama dia, Wardah, bunga ros (kalau tak salah aku). Tapi satu je kelemahan Nur Wardah, kecacatan kakinya kerana penyakit polio yang di alami sewaktu dia kecil.. Lantaran itu dia di pandang hina oleh suaminya sendiri, Engku Ashraf. Tapi bila saat Engku Ashraf sedar akan kehadiran isterinya yang banyak mengubah hala tuju hidup dia menjadi ke arah seorang islam yang sebenar, Nur Wardah menghidapi komplikasi bila mana penyakit polio dia telah berjangkit kerana dia mengandungkan zuriat mereka. Novel yang penuh islamik dan menyentuh hati aku. Kau orang harus milikinya dan hayati sendiri.

Jangan mencari kesempurnaan pasangan kita, boleh jadi itu sesuatu yang tidak baik buat kita. Tak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untukmu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui," (Surah al-baqarah, ayat 216). 

Oh yang pastinya, ending nya Nur Wardah meninggal dunia dan meninggalkan zuriat buat Engku Ashraf, Engku Nurain yang miliki wajah seiras Nur Wardah. 

And i started to believe. Aku da dapat balik semangat untuk belajar semula... Gonna be like arwah abah yang berjaya jadi engineer yang di segani dan d ingati. =) insyaAllah.. Moga bulan ramadhan ni lebih bermakna dari yang sebelumnya. Ada hikmatnya atas apa yang akan berlaku kemudian hari. Aku percaya tu dalam hati... ^____^

Bubhai....

Comments

Noorfadzillah said…
Assalamualaikum dik,

Saya sebenarnya bloq walking terjumpalah blog ni dan melihat komen positif tentang novel tulisan saya Hantaran kasih Tuhan. Terima kasih ya sudi beli novel tu dan membacanya sampai tamat. Insya'Allah dik nantikan dwiloginya tahun depan dengan happy ending.

Popular posts from this blog

T__ABAHKU__T

Terasa abahku makin hari makin loya buruk gak... (depends mood die kalau tak stress keje la).. Ada satu pagi tu... Dia nak pegi keje..., aku mmg suka duk lepak bilik parents aku.., sejuk n luas dari bilik sndiri... Udahnya aku nak mintak belikan handbag.. alih2 dia boleh buat muka sengih seribu makna.. Aku da pelik.. akak aku lagi la pelik... rupenya2 aku terperasan dia ada masukkan something dalam kocek dia.. Henset baru dia... Patut la enset lama bagi kat mak.. even mak xmau... T__T apa la abah ni... Amacam??? Ada style tak? Tak maen ah beli kat kedai... Beli on9 kot dari luar negara..... Habis advanced abah aku.... T_________T